Wednesday, April 13, 2011

sapalah aku

setiap orang ada impian
untk mnjadi seorang berjaya

ada cita-cita
dan mereka akan berusha untk mencapainya

ada kehendak
dan mereka akan berusha untk memenuhi kehendaknya

ada keingingan
dan mereka akan berusaha untk mencapai apa yg diinginkan

dan setiap org ingin kan kebebasan
iaitu bebas untk melakukan apa shaja

ada banyak lagi
tapi sume ini xkan tercapai tanpa izin-Nya
krna engkau lah segala-Nya

Monday, April 4, 2011

aku hanya insan biasa

 bab pesan...klau kelur malam...jgn balik lwat mlm


bab pesan...duk tmpat org...kena wat baik pd sume org


bab pesan...lau nk mkn...mkn je pepe pn...jgn sekat kemahuan mkn mu


bab pesan...g mane2...kena jaga diri


mak pesan...jgn tingal solat wa


mak pesa...mak sllu doakan utk kjyaan wa


mak pesan...solat  mst awl wktu


terima kasih bab n mak
engkau la segalnya di dunia dan akhrat




p/s : begitu bnyk pesan bab n mak pada aku
       ternyata aku seorang yang lemah
       aku seorang insan biasa.

Wednesday, February 23, 2011

latihan ilmiah~~~

awal-awal semester lagi, mesti bersedia dengan segala keperluan untuk berperang demi 'latihan ilmiah'

bunyi senang saja tapi bila lalui sendiri baru tau...langit tinggi ke rendah...sesugguhnya Allah s.w.t maha mengetahui segalanya....

setelah penat buat kerja


serta Ngtk tunggu baju siap dicuci....


ditambah pula beban


pening sebab xsihat dan pening kerana latihan ilmiah

'begitu lah penangan latihan ilmiah, xsgment, bentang, kekangan masa dan sebagainya tapi saya gembira kerana diberi peluang untuk bergelar sebagai Mahasiswa.

tatkala malam sunyi

as salam dan selamat sejahtera

dalam dingin pagi yang sunyi, ku teringat pada insan yang tercinta yang berada jauh nun di sana...

hanya menghitug hari untuk berjumpa dengan mu
hanya menghitung hari untuk berbakti kepada kamu
sayang sayang kamu~~~my great mother
perkara mudah da simple tapi besar ganjaran di sisi Allah S.W.T

Pahala Mentaati Ibu Bapa Melebihi pergi berjihad

Ramai tak sedar jarang bertanya khabar kepada orang tua di kampung dikira menderhaka

RAMAI anak yang tidak mengaku apabila dituduh menderhaka kepada ibu bapa. Namun, siapa yang dapat menafikan kebenaran ayat Allah dan hadis Rasulullah SAW yang menyimpulkan bahawa termasuk dosa besar yang kedua selepas syirik ialah apabila seseorang melupakan tanggungjawab menjaga kedua orang tua.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu."  (Surah Al-Isra' ayat 23) 

Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: Ya, tentu wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta, Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata mudah-mudahan baginda diam." a33; (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)

Semua anak mengaku mereka sudah memenuhi hak kedua ibu bapanya walaupun hati tak merindu, jauh sekali khuatir, sedih dan pilu mengenang keuzuran kedua orang, pemegang kunci syurga mereka di akhirat nanti. Bahkan anak dunia itu seolah-olah tidak mahukan akhirat.

Lantas mereka lalai dan lupa akibat mengejar cita-cita dunia sehingga tak tersisa sedikit pun ruang untuk ayah dan ibu di dalam hati. Hati yang sentiasa sibuk, memberi kesan pada wajah mereka yang kian suram apabila berdepan dengan ayah dan ibu. Mereka lebih rela menjadi tanda-tanda dekatnya kiamat dengan berlaku derhaka daripada harus menanggung beban hidup bersama orang tua. 

Pelbagai alasan dicipta untuk menghalalkan keuzuran mereka daripada menjaga ibu bapa, tetapi di sudut hati nurani anak-anak manusia siapakah kiranya yang boleh melepaskan diri daripada kenangan kasih sayang ibu bapa ketika kecilnya.

Mereka juga berselindung di sebalik amal salih yang lain, sebahagiannya ahli tahajjud, setia membaca al-Quran, ahli masjid, istiqamah mengerjakan haji dan umrah, ahli sedekah dan puasa. Tetapi, mereka membuat hati ibu bapa menangis, jiwa mereka terdera dan impian hari tua yang indah bagi mereka hancur berkecai.

Padahal keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah SWT? Baginda bersabda: "Solat pada waktunya, saya bertanya lagi: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya: Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." a33; (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Ironinya mereka mengejar pahala ibadat sunat tetapi yang wajib ditinggalkan. Kewajipan berkhidmat kepada ibu bapa mereka dianggap bukan ibadat melainkan hanya adat kehidupan manusia. Maka jika mereka lalai mengingati kedua-duanya, tidak ada kekesalan di dalam hati, tidak rasa berdosa dan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sungguh penyelewengan yang tidak disedari, melainkan apabila keduanya kembali ke rahmatullah. Lalu anak-anak itu secara tabienya menjadi ibu dan bapa generasi baru. Dia merasai sakit menjaga dan mendidik anak seperti ibu bapa dulu. Akhirnya dia sedar betapa seksa diderhaka dan dibuang bagaikan al-Quran usang.

Bukan hanya ibu bapa yang terguris hati, Rasulullah SAW pun pernah menitiskan air mata mendengar pengaduan seorang lelaki tua mengenai anaknya yang menderhaka. "Wahai Rasulullah, anakku telah aku didik tetapi setelah dewasa dia menzalimiku. Lelaki itu kemudian menyatakan kesedihannya dengan untaian syair yang memilukan:

"Ketika engkau masih kecil, tangan ini yang memberimu makan.

"Engkau minum juga aku yang tuangkan. Apabila dirimu sakit, aku berjaga semalaman.

"Kerana sakitmu itu aku mengeluh kerisauan. Tetapi, di saat engkau dewasa dan mencapai tujuan.

"Kulihat pada dirimu apa yang tak ku harapkan. Kau balas aku dengan kekasaran.

"Seakan-akan nikmat dan anugerah engkau yang berikan."

Mendengar bait-bait syair lelaki tua itu, berlinanganlah air mata Rasulullah SAW seraya bersabda yang bermaksud: Kamu dan hartamu milik ayahmu." a33; (Ditakhrij oleh Ibnu Majah 2357, Imam Ahmad dalam al-Musnad 6883, Ibnu Hibban dalam sahihnya 409, 4182. Al-Baihaqi dalam al-Sunan 16054)

Pelbagai takrifan diberi ulama mengenai tanda-tanda derhaka kepada orang tua seperti memutuskan hubungan dengan tidak mahu menziarahi mereka, tidak memberi nafkah, tidak memenuhi hak-hak mereka dan tidak mentaati mereka pada hal yang bukan bermaksiat kepada Allah SWT.

Sesungguhnya kasih sayang yang paling ikhlas tanpa syarat hanyalah kasih sayang ibu bapa. Anak yang salih dituntut untuk membalas jasa mereka dengan adab dan akhlak yang baik. Kadang-kadang seulas senyuman dan kata-kata yang lembut lebih berharga daripada wang ringgit serta barangan berharga.

Namun tidak dinafi juga kepentingan hadiah sebagai pengikat jiwa. Sikap mementingkan diri sehingga membiarkan ibu bapa hidup susah di sebalik kemewahan seorang anak sememangnya menunjukkan sifat tidak mengenang budi. Jika boleh dihitung berapa juta ringgit yang mesti dibayar, sudah tentu jasa ibu bapa tak akan terbayar dengan sebarang jenis mata wang pun di dunia ini.

copy paste dari fb

Thursday, February 17, 2011

suatu petang yang memenatkan~~

"apabila kamu mempunyai kerja,janganlah kamu tangguh pada waktu lain.segera lakukan kerja tersebut kerana masa yang berlalu takkan kembali"

suatu petang yang penat~~
penat bukan kerana lakukan kerja tapi penat kerana TIDUR!!!!!

astarfiruallahalazim....sangat lama saya tidur petang ini sehiggakan lupa mengenai tanggnugjawad saya sebagai seorang pelajar,sebagai seorang anak~~~

sebut sahaja sebagai seorang anak,saya teringat pada MAK saya~~~
saya tidak dapat teruskan penulisan kali ini...

wanna call someone special ^_^

Tuesday, February 15, 2011

senyum pagi

assalamualaikum dan slmtpagi sume....


alhamdulilah pagi nie saya masih diberi kesmpatan untuk melihat keindahan ciptaan Ilahi,
masih berpeluang untuk menghirup udara yang segar
masih diberi kesempatan untuk bernafas
masih diberi kesempatan untuk meneruskan hidup ini
masih diberi kesempatan untuk menjalankan ibadah kepada Allah S.W.T
masih diberi kesempatan untuk mengerakkan anugerah dari Ilahi
masih diberi kesempatan untuk bersama dengan keluarga tersayang walau jauh nun di sana
masih diberi kesempatan untuk menjalankan amanah sebagai seorang pelajar
masih diberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan

TERIMA KASIH ALLAH kerana saya masih diberi kesempatan
dipagi yang mulai ini,saya terasa amat gembira
gembira kerana diberi kesempatan untuk menjalankan ibadah pada-MU

Thank You Allah

Saturday, December 11, 2010

~~ jadilah seperti pisang~~

salam sejahtera kepada saudara seagama dengan saya...


kebanyakkan manusia berkata bahawa ' pisang takkan berbuah dua kali '...
sebaliknya pisang  akan berbuah berulang kali dan akan meninggalkan sesuatu yang bermanfaat dengan manusia.

belajar la seperti pokok pisang...ianya sangat berguna kepada manusia dan dijadikan contoh oleh umat islam khususnya.

kenapa pokok pisang? kita melihat pertumbunhan pokok pisang terlebih dahulu sebelum diumpamakan kedalam kehidupan manusia. pokok psang akan berbuah sekali sahaja dalam hidupnya dan selepas berbuah,pisang akan mati....

tetapi mati pisang bukan bersahaja tetapi meninggalkan 'anaknye' untuk kegunaan manusia...maka 'anak' pisang tersebut akan meneruskan  tanggungjawad pisang terawal  untuk menghasilakan buah untuk kegunaan manusia...

begituah kisah pisang yang hasilkan buah lalu mati tetapi masuh meninggalkan anaknya untuk kegunaan manusia..jika direnung kembali tentang manusia,sama laa seperti pokok pisang juga...pada suatu saat akan merasai mati dan apakah yang akan ditinggalkan oleh manusia itu...?( untuk peringatan kepada diri saya)

p/s : untuk peringatan diri sendiri